Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Thursday, November 08, 2007

Ujian IPP2M Bahasa Melayu utk pelepasan tahun 2008

Salam,

Isnin, 5 Nov yg lalu, ujian IPP2M telah dijalankan ke atas murid pemulihan di SKEN. Berikutan dgn minggu sebelumnya (29 Okt - 2 Nov), Peperiksaan Akhir Tahun telah dijalankan, maka untuk tidak menganggu jadual yang ketat itu, ujian ini ditangguhkan.

Hasil daripada ujian ini, didapati 3 org pelajar telah melepasi wajaran dalam ujian pencapaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk mereka belajar semula di kelas biasa (KBSR).

Bil. Nama Pelajar Tahun Skor/Wajaran
1 Christin Dayana a/p Rahman 2 92
2 Marinee a/p Jebat 5 88
3 Razemin 2 80

Nampaknya tahun depan, masih ada pelajar yang masih perlu menghadiri kelas pemulihan. =) Yang merisaukan Fini, Ikmal (Tahun 5) yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan menulis dengan baik. Fini pasti ini ada berkaitan dengan masalah kesihatan, tapi apakan daya ... susah nk dijelaskan. Ini semua berkait rapat dengan kesukaran untuk terima hakikat dan sikap sesetengah org. Apa yg pasti, tugas tetap tugas, cuba sedaya yg termampu.

Begitu juga dengan Agustin. Fatin dan Hakim, Fini percaya mereka brdua ni ada potensi utk diperbaiki sama seperti peningkatan Marinee, Dayana dan Razemin. Adakalanya, Fini perhatikan mereka ni bukan tak boleh, tapi sikap. Sikap yang membataskan individu itu utk ke depan. Sedikit kerisauan juga, jika dimasukkan semula ke kelas biasa, mereka kembali pasif. Yang itu yang Fini nampak, setiap kali Fini mengganti kelas biasa. Fini perhatikan pelajar Fini amat berbeza sikap antara di kelas pemulihan dengan kelas biasa. Inilah kesukaran mengajar di SKM. Hanya satu kelas bg satu tahun, dan banyak tahap pelajar dalam satu kelas. Bagi yg nampak, peka, akan sedar akan ketidak samaan penerimaan pelajar. Jika tidak, mereka akan terus tercicir. Bila Fini berbincang/bercerita dengan guru matapelajaran/guru kelas, sama-sama tatau nak dibuat mcm mana dgn murid yang 'special' ni. =)

Erm, smlm...bru dpt khabar yg kami bakal terima GB. Guru Besar Hajah Zainab yang pernah menjadi GB sebelum ini. Banyak juga cerita2 yang Fini tatau kesahihannya. Tapi yang pasti, diharapkan perubahan yang bakal dibawa nanti adalah perubahan yang baik utk sekolah. Dan yang semestinya kepada pelajar2 Fini dan diri Fini juga. Masih ternanti2 surat panggilan ke maktab, jika ada. =)

No comments: